Powered by Blogger.




Kepada Semua Residen KULIM PERDANA ,

Anda dijemput ke SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITHRI 2010 pada tarikh dan masa :-

Tarikh : 2hb Oktober 2010
Masa : 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi ( SAMBUTAN HARI KELUARGA )

Masa : 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang ( SAMBUTAN HARI RAYA )

Kesemua residen dijemput hadir.

Menu adalah Nasi, Ayam Masak Merah, Ketupat Daun Palas, Ketupat Nasi dan Rendang. Lain-lain menu adalah secara Pot-Luck dimana setiap residen digalakka nmembawa apa sahaja makanan atau minuman ke Majlis tersebut yang akan dikongsi beramai-ramai.


SECURITY NOTICE FOR HARI RAYA

Posted by ppkp50 06 September 2010 0 comments

Tuan / Puan,

Notis Pemberitahuan

Persatuan Penduduk ingin mengambil kesempatan untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua residen yang beragama Islam, berhati-hati di jalan raya semasa memandu pulang ke kampung nanti. Sukacita dimaklumkan berikut adalah beberapa langkah keselamatan di Kulim Perdana yang akan dilaksanakan sepanjang cuti Aidil Fitri nanti:-

1. 1. Entrance Fasa 1 akan ditutup sepenuhnya bermula pada tarikh 8 Sep 2010 hingga 15 Sep 2010, semua kenderaan keluar masuk ke Kulim Perdana hanya akan melalui pintu masuk utama di Fasa 2.

2. 2. Penambahan anggota keselamatan kepada 3 orang di setiap Shift bermula pada hari Khamis 9 Sept 2010 selama seminggu. Seorang anggota keselamatan akan statik sepanjang masa di pos kawalan utama dan di pos sementara Fasa 1 manakala seorang lagi anggota akan membuat rondaan.

3. 3. Residen digalakkan untuk melaporkan diri di pondok guard semasa Check Out/In untuk pulang beraya, ini bertujuan untuk memudahkan pengawasan asset tuan/puan semasa ketiadaan tuan/puan.

4. 4. Pihak Persatuan berharap residen dapat menyalakan lampu belakang semasa ketiadaan tuan/puan nanti, tutup dan kunci pintu pagar rumah tuan/puan sebelum pulang ke kampung.

5. 5. Pemeriksaan keluar masuk akan diadakan 24 jam di pintu masuk utama bermula 9 Sept 2010, bagi mereka yang menyambut Aidil Fitri di KP dan Non muslim yang akan berada di KP sepanjang tempoh tersebut di harap dapat member kerjasama sepenuhnya kepada pengawal keselamatan kita.

Kerjasama dan perhatian dari seluruh warga KP di atas perubahan sementara ini di dahului dengan ucapan Terima Kasih. Sukacita dimaklumkan juga pihak Mirfat Security telah menyediakan motosikal khas untuk rondaan, sebuah motosikal EX-5 berwarna putih bagi memudahkan residen mengenali petugas-petugas keselamatan KP.

Akhir sekali Persatuan ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua residen yang telah memberi sokongan yang cukup baik sepanjang tempoh 5 bulan pertama AJK baru Persatuan menjalankan tugas, diharap sokongan ini akan berterusan dan pelbagai perancangan dapat di laksanakan di KP dengan sokongan tuan/puan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

UNITED WE STAND, DEVIDED WE FALL

BANTUAN DIPERLUKAN

Posted by ppkp50 02 September 2010 0 comments


Pihak Persatuan ada menerima permintaan dari Penduduk KP Puan Norizan Dollah utk memaklumkan mengenai kehilangan kucing beliau.




Sesiapa yg ada ternampak kucing ini, silalah berhubung dengan Puan Norizan Dollah di rumah bernombor 121 atau hubungi talian 019-471 7044.
BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU BELIAU.

UPCOMING EVENTS


| KERJASAMA ANDA UNTUK MENJELASKAN YURAN KESELAMATAN AMATLAH DIHARGAI.. Bersama kita menjaga keselamatan kita untuk kita bersama.. | TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG SUDI MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS FAMILY DAY DAN JAMUA HARI RAYA 2010| Sokongan Anda Amat Dihargai|

FAMILY DAY 2010 - Video